visi dan misi

VISI DAN MISI SELKAD : MEMPERTAHANKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Thursday, October 28, 2010

ISU AIR SELANGOR untuk hebahan

Fakta: SYABAS tuntut perjanjian lama untuk naikkan harga air 37% bulan ini. Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat tak benarkan. Oleh itu SYABAS akan saman Kerajaan Negeri. (PUTAR BELIT UMNO: Kerajaan Negeri Selangor akan naikkan harga air kerana rugi setelah beri air percuma 20m padu). Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mengambailalih pengurusan air (dasar penswastaan air ternyata gagal serta membebankan rakyat) tetapi dihalang oleh Kerajaan Pusat. Perbincangan sedang berlaku dan tarikh akhir keputusan adalah pada 30 Nov.

Kempen "Kembalikan Hak Air kepada Rakyat" serta Tandatangan & Ceramah Penerangan akan diadakan diseluruh Negeri mulai 6 Nov melibatkan EXCO & YB menjelaskan isu air ini. Kemuncaknya ialah "PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT" pada 21 Nov di Masjid Negara jam 1 tghari dan berarak ke Istana Negara menyerahkan Memo Rayuan kepada yang Di Pertuan Agung.

Semua pemimpin dan pendukung PR harap dapat beri kerjasama dalam semua program yang diatur serta bantu kerja mobilisasi bagi mempastikan kejayaan program ini.

Penganjur bersama:
Dr Badrulamin (Keadilan), Mat Sabu (PAS), YB Teressa (DAP).

Sunday, October 24, 2010

BENGKEL OPSEL SIRI 3/2010

selamat bertugas di PRK Galas dan PRK Bukit Sapi

SELKAD mengucapkan selamat berangkat kepada team JLKS ke PRK Galas , Kelantan dan PRK Batu Sapi , Sabah . Semoga kehadiran kita di kedua-dua PRK akan membantu jentera tempatan agar memperolehi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat . 

Diharapkan segala ilmu dan pengalaman akan memberikan natijah yang baik dalam gerakerja kempen di PRK. Pengalaman di semua PRK adalah berbeza. Bak kata orang tua-tua.. " lain padang lain belalang". Gunakan kesempatan tersebut bagi membina pengalaman kerana pengalaman adalah guru yang paling utama . Mungkin pengalaman dan ilmu baru di sana akan dapat digunapakai di Selangor yang tercinta. 


Selamat berjuang , selamat berkempen dan selamat menjalankan tugas dengan baik . Jaga nama baik negeri Selangor dan buktikan kita yang terhebat .

Saturday, October 23, 2010

BENGKEL OPSEL SIRI 3/2010












TARIKH : 23 & 24 OKTOBER 2010
TEMPAT : QUALITY HOTEL , SHAH ALAM

* terima kasih kak rozaina ( ketua wanita kotaraja ) kerana gambar