visi dan misi

VISI DAN MISI SELKAD : MEMPERTAHANKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Wednesday, October 20, 2010

SELAMAT DATANG KE BLOG SELKAD


SELKAD adalah singkatan kepada Sakretariat Latihan dan Komunikasi Selangor  di bawah Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor ( JLKS ) . SELKAD telah ditubuhkan pada 15 Jun 2010 dan mandat telah diberikan kepada En. Fariz Musa , Timbalan Pengarah JLKS untuk menguruskan SELKAD . 

SELKAD beroperasi di JLKS , Jalan Bola Tampar 13/14 , Seksyen 13 , Shah Alam . Tugas SELKAD ialah menguruskan program-program latihan dan perkaderan di negeri Selangor dalam usaha mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor .

Aktiviti pertama SELKAD ialah menguruskan latihan sehari pada 6 Julai 2010 iaitu PROGRAM SILATURAHIM PENYELARAS KOMUNIKASI bertempat di SELKAD Training Centre , JLKS . Sejumlah 53 orang Penyelaras Komunikasi ( PKom ) telah dilatih dalam program tersebut .

Antara siri latihan yang dilaksanakan oleh SELKAD ialah Latihan SELKAD Rakan SKS , Bengkel OPSEL , Program Muafakat Selangor , Seminar Pemuafakatan Selangor , Kem SELKAD dan Kem SELKAD Jatidiri Rakan SKS . 

Setakat ini SELKAD telah berjaya melatih sejumlah hampir 500 orang yang terdiri daripada ahli-ahli parti , Ahli-Ahli Majlis PBT , Ketua-Ketua Kampung , Setiausaha JKKK dan mahasiswa .

No comments:

Post a Comment